Tahukah
anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala
kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa
ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda
dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian
telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia
boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik
lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda
dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah
anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu
terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan
kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon
bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (
alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di
rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang
telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta
yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah
menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan
dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak
terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus
kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk
anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk
menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan
sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah
mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan
kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan
jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan
anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon
bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk
mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan
berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon
tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini
juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana
jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat
diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit
anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan
tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon
bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila
telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon
bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya
akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang
mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia
tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi,
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si
pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
No comments:
Post a Comment