Thursday, September 11, 2014

Fikir

Apakah itu akal??

Apakah itu Fikir?

Akal ialah alat untuk berfikir.
Fikir ialah natijah daripada akal.

Beza kita antara dengan haiwan, punya akal.

Tetapi tahap mana pemikiran kita dalam menghadapi hidup di dunia?

Tahap mana akal kita??

Tidakkah rasa bosan dengan pemikiran yang sama?
Pemikiran yang jumud?
Benda yang sama, melakukan kerja yang sama?
Tidak bosan ke?

Sebagai orang Islam, bukan hanya pakai kopiah putih, pakai jubah, pakai kurtah, beriktikaf di masjid sahaja.. Ya, memang itu ibadah.
Tak ada ingin untuk menceburi perkara yang lain?

Tak ada keinginan dengan perkara yang baru?

Apakah Ilmuan Islam pada zaman dahulu hanya hafiz Quran?

Bahkan tidak...

Penemuan ciptaan optik oleh Haitham

Penjelajah dunia oleh Ibnu Batuttah

Penemuan ilmu perubatan oleh Ibnu Sina..
Kitabnya Tibb Qanun digunapakai sebagai rujukan di Universiti Oxford.

Marilah ubah fikir kita~

Sunday, February 23, 2014

Sistem akhir zaman

Sistem akhir zaman~
Sistem yang dibuat oleh manusia tidak mantap malah ada kepentingan..
Hanya mengikut hawa nafsu semata-mata..
Bersifat duniawi, sanggup menindas orang yang lemah, demi kedudukan yang ada sekarang.
Sampai bila?
Membuat konspirasi untuk menjatuhkan orang yang berjuang menegakkan kebenaran.
Orang yang ingin membetulkan keadaan pasti akan ditutup mulutnya, akan dibunuh, akan dihalau, akan dicemuh..
Siapalah kita ini..?
Saiz badan yang kecil di dunia ini, seolah-olah dunia ini kekal abadi..

Tuesday, January 14, 2014

Siapa aku?

Assalamualaikum..

Apa khabar?
Sihat?

Siapa kita?
Siapa aku?

Kenapa perlu menyoal diri ini?

Kita ni muslim sebab mak ayah kita Islam.
Tetapi setiap bayi lahir itu memang suci.
Mak ayah yang nak tentukan bayi itu nak menganut agam apa.kalau nasrani,nasrani lah dia,kalau majusi,majusi lah dia,kalau hindu,hindu lah dia,kalau buddha,buddha lah dia,kalau Islam,Islam lah dia.

Syukur tak kita?
Ada rasa syukur tak?

Kita ni perlukan agama, bukan agama perlukan kita.
Ramai lagi manusia di dunia ni.

"Islam is the way of life"

tak kan tak pernah dengar kot?   

Islam itu nasihat,
Islam itu cara hidup,
Islam itu akhlak untuk hidup,
bukan?


Kita ni, yang dah Muslim, kenapa tak nak ikut ajaran Islam?
Pakai seluar ketat-ketat? Aurat tak tutup?terdedah?
nak perhatian?nak diperhati?

Timbul satu isu, wanita yang free hair lebih baik daripada yang bertutup, sebabnya,wanita yang bertudung ni,suka mengeluarkan perkataan yang kotor, perangai tak sopan, menggedik la, dan semakna dengan nye.. yang free hair pula, baik,jaga adab, jaga pertuturan..
walaupun  dah bertudung, jaga la adab, jaga perangai, akhirnya jadi fitnah..
 
itu pasal penampilan...

kadang-kadang kita suka mengeluarkan kata-kata kesat secara tak langsung..

macam dah jadi trend zaman sekarang.

setiap ayat akhirnya mesti ada kata pelengkap, tapi pelengkapnya kata tak elok..
sedap di dengar eh?

Hahahaha~

bukan gelak pun,sekadar tulisan..

kita ni orang Islam ke?
Muhasabah diri